SAUNA (bagi pendapat aku) satu tempat kita untuk mengewapkan badan.. bagi kasi peluhkan badan kita.. keadaan nyer ni panas.. atas satu tempat tu guna pemanas yang menggunakan bakar2 batu aje.. ada satu tempat tu guna alat pemanas.. bagi tempat yang moden la...kalau yang tradisional tu guna batu2 aje..atau something yang boleh bakar la.. xguna sebarang alat.. tempat tu x la batu2 tapi guna kayu jer.. sebab kayu ni penyerap haba jugak.. so bile bilik tu dikelilingi semua kayu, lagi la terasa kehangatan tu... badan pun cepat jer keluarkan peluh... memang best la pergi sauna... hehehe
ni contoh untuk tempat bersauna
kebiasaannya orang awam selalu suka sangat pergi sauna sebab diorang ada masalah macam kat bawah ni:
1. tiada masa pergi berjogging.
2. tak sempat nak bersenam.
3. resdung, pagi2 selalu bersin.
4. badan terasa lenguh2,sakit sendi dan letih.
5. ada peluang nak kena serang darah tinggi dan kencing manis.
6. berat badan naik selepas bersalin.
zaman sekarang ni kan, orang sibuk bekerja..sampai tak ada masa nak lakukan senaman...student2 pum macam tu jugak.. bila time midterm n final tibe, masa tu la sibuk nak study.. jaga badan susah sekali.. sebab tu la ada yang sampai demam2 berminggu2...
SAUNA sesuai untuk :
- menggantikan aktiviti berjoging dan bersenam
- membakar lemak dari luar dan menurunkan berat badan secara teratur.
- menyembuhkan luka-luka dalaman selepas bersalin.
- menyingkirkan toksik badan melalui peluh.
- mengurangkan risiko darah tinggi, kencing manis.
- menyegarkan badan selepas penat bekerja.
- mengurangkan jerawat dan resdung.
- membersihkan kulit dan kelihatan segar halus dan licin.
- memecahkan lemak-lemak berlebihan dalam badan.
- menghaluskan kulit ( lakukan lulur/scrub badan selepas sauna. hasilnya kulit bertambah halus dan gebu)
- menghilangkan kesakitan sendi, arthritis, urat dan sengal2 badan.
- membantu masalah sukar tidur.
- badan terasa lebih ringan dan bertenaga.
- meningkatkan kadar metabolisme yang membantu dalam mengurangkan berat badan.
- meningkatkan sistem kardiovaskular.
- meningkatkan sistem imunisasi badan.
- menghilangkan stress.
- mengurangkan angin dalam badan.
perbandingan SAUNA dengan aktiviti lain:
SAUNA (15 minit) = bakar 400-600 kalori
aerobics (30 minit) = 400 kalori
berenang (30 minit) = 400 kalori
basikal (30 minit) = 250-500 kalori
jogging (30 minit) = 300 kalori
Fakta :
1. mengeluarkan toksik badan
- peluh yang keluar semasa berada dalam sauna bukan sia-sia. pori-pori yang membesar dan mengeluarkan peluh itulah akan mencantikkan kulit. Toksik2 dalam badan juga keluar melalui peluh.
2. meningkatkan metabolisma
- sauna akan meningkatkan degupan jantung antara 50%-75% dalam masa 20 minit. kadar metabolisme badan akan meningkat sehingga 20%. satu sesi sauna boleh membakar kalori sebanyak 600 kalori!!!
3. mengurangkan stress
- orang ramai lebih suka pergi sauna apabila mengalami stress. semasa proses bersauna, kita x perlu lagi memikirkan banyak masalah. fikiran akan lebih tenang selepas bersauna.
4. menyembuhkan masalah kulit
- panas dalam ruangan sauna antara 60-105 celcius. menyebabkan pembuluh darah melebar dan tekanan darah meningkat. masalah kulit berjerawat juga boleh dirawat. wap panas sauna akan melembutkan jerawat sekaligus mempercepatkan kesembuhannya.
5. membunuh bakteria dan virus
- mandi peluh melalui sauna akan membuat otot2 tubuh berehat dan membolehkan menyah toksik penyebab rasa letih setelah seharian melakukan aktiviti. Aliran darah yang cepat membantu proses perbaiki sel otot. proses pemanas suhu badan manfaat untuk membunuh bakteria dan virus dalam badan, meningkatkan kemampuan tubuh mengeluarkan racun sekaligus meningkatkan sistem imunisasi tubuh.
* selepas buat sauna tu kan, rase cm badan ringan jer.. kain yang aku pakai mase mandi sauna, bau sangat busuk... betapa menunjukkan toksik2 dalam badan aku ni banyak.. nama pun toksik..hahaha.. malam ni boleh la nak berjaga sampai malam pun untuk siapka assignment yang berlambak ni.. x campur lagi dengan study untuk midterm buke cuti ni nanti.. hehehe
~ wassalam ~

