Tak lama lagi akan cuti semester 2 bagi aku.... aku akan bercuti mungkin dalam 2 bulan saja.. aku pum mulakan kemas barang2 sebelum balik... sedih plak rase nak tinggalkan UUM ni... hehehe...
Tengah2 aku kemas buku2, aku terjumpa satu nota yang aku tulis dulu semasa aku di tingkatan Enam Atas dulu... nota itu bila di baca membuatkan aku teringat kembali kenangan2 dulu... nota ini datang darinya Imam Abu Hanifah... ๏_๏
- Jangan bakhil / kedekut kerana perangai itu memalukan
- Jangan pula tamak dan berdusta, bahkan hendaklah sentiasa menjaga maruah
- Sentiasa menghormati / meminta ampun maaf kepada guru2
- Sentiasa menziarahi kubur guru / tempat2 beribadat
- Bercampur dengan orang yang tidak baik hanya untuk menyeru ke jalan Islam
- Jangan banyak memaki hamun dan mencela orang lain
- Bersegera ke masjid setiap kali mendengar laungan azan
- Jagalah rahsia jiran tetangga dan jangan menyebar rahsia yang diamanahkan
- Bencikan perkara yang hina disisi orang berilmu
- Janganlah banyak bercerita / bercakap kerana ia akan menjadi pembohongan