17 November 2015

Khasiat Cuka Kurma


Cuka Kurma An-Nabawi

Assalamualaikum,
lamanya xupdate blog sendiri... sedar-sedar dah tahun last, semester last berada di UUM ni..

malam ni nak share satu produk minuman cuka iaitu cuka kurma An-Nabawi... siesly saya minum cuka ni (Alhamdulillah) memberi banyak kesan positif dalam diri terutamanya dalam hal kedalaman wanita.. 

bermulanya cerita ni, kawan sejak semester 1 ni promote cuka kurma yang dia minum.. dia cakap mak dia selalu minum dan dah lama amalkan minuman ni sejak muda lagi.. dalam pantang pun mak dia minum dan sehingga sekarang mak dia x mudah naik berat badan.. wanita selepas bersalin ni kalau xjaga badan, badan cepat gemuk dan berat bertambah... memang lain la bentuk badan sebelum kawin dengan yang selepas berkawin..

yang paling penting apa kesan yang positif sangat tu???

pertama cuka ni sesuai untuk perempuan yang alami masalah sengugut yang teruk setiap kali datang bulan. cuka ni berfungsi untuk merawat masalah rahim dan membersihkan usus kita. (sesuai jugak untuk orang yang sembelit). so far alhamdulillah sangat, sejak amalkan minuman cuka ni masalah yang hadapi tiap2 bulan dah berkurangan..

mula-mula minum cuka ni, sebelum datang period bulan 10. dalam 3 hari jugak la, tapak kaki sakit. nak-nak bila nak rukuk dalam solat tu. rasa sakit kat tengah tapak dengan kat tumit. xlama lepas tu period datang seperti biasa, TAPI kali ni sengugut sangat kuat dan sangat sakit. Allah jer tahu macam mana rasa tu. dan sakit sengugut ni amek masa yang lama. experience sengugut yang lepas-lepas, dalam setengah hari jer, tidur sambil sapu ubat, lepas tu bangun dari tidur xsakit dah. 

TAPI period kali ni sangat sakit. bangun biasa dari tidur, stil lagi berdenyut-denyut kat bahagian bawah perut. sampai esokkan hari tu sakit lagi tapi xkuat sangat. pelik jugak dengan period kali ni. then, baru teringat minuman cuka ni. 

(sebab ada kawan minum jugak cuka ni, based on story dia, dia minum after period, dia dah siap mandi wajib dah, xlama lepas pade tu, period dia datang semula, dan semakin banyak.. jeng jeng jeng.. jangan risau, dia cakap darah yang keluar semula tu adalah sisa darah-darah yang kotor dan lama terperangkap dalam rahim.. sepanjang period kita, ada darah lagi dalam rahim, xkeluar dengan habis dan bersih.. so, minuman cuka ni memang untuk membantu bersihkan rahim kita.. kita ni sengugut sebab darah kita yang period lepas xkeluar abis, banyak terperangkap dalam tu...)

back to my story, nak pendekkan story, period hari pertama dan kedua sangat banyak. memenuhi satu ruangan pad tu.. Allahu... sampaikan bangun pagi bocor... sebelum ni xpernah bocor ketika tidur.. hari ketiga still lagi banyak sampai lah hari kelima.. hari keenam dan ketujuh xbanyak dah keluar.. nak sampai pada penghujung period kan.. 

bila period bulan 11,sengugut masih lagi ada tapi dah xkuat. boleh tahan lagi. dan tu pun sekejap saja sakitnya. diri sendiri pun terkejut.. period still lagi kuar banyak.. macam period sebelum tu.. Alhamdulillah sangat.. cuka kurma ni memang bantu kita lancarkan aliran darah kita, bersihkan rahim kita.. yang sembelit pun boleh minum.. memang hari-hari, kita akan membuang.. hehehe

harga pun xmahal, hanya RM19.90.. kawan beli kat kedah kat area guar cempedak. dia memang supplier kiteorang.. hehehe.. rasa dia masam-masam.. tapi sedap.. 

kalau cuka kurma jenis lain xpasti la ok ke tak. sebab xrasa lagi.. setakat ni rasa yang AN-Nabawi ni jer.. kawan pun dah lama minum cuka ni. jadi rasa confident sikit la dalam bab-bab makanan harian kita ni.. 



17 March 2014

Kesan Wanita Jatuh

Assalamualaikum...

malam ni saya ada satu cerita untuk para wanita yang diluar sana... sila ambil PERHATIAN ye sayang2 ku sekalian... bukan apa, topik yang saya nak cerita ni berkaitan dengan kita semua iaitu WANITA...

Anda pernah jatuh? ya, jatuh.. faham tak JATUH tu apa? jatuh.. ala, yang cakap gedebukk jatuh... hihihi... ok! xlawak... kalau boleh kan, kita sebagai wanita ni janganlah selalu jatuh.. bukan apa, x baik untuk kesihatan kita.. nak2 untuk RAHIM kita.. yang dalam perut kita tu... yang tempat baby kita satu hari nanti kita mengandung... serius saya cakap, jagalah kesihatan anda semua.. jangan selalu jatuh.. iya, mungkin kita tak jangka.. tapi, kita kena selalu berhati-hati semasa jalan..

Satu hari, kawan bisik kat telinga saya,

Nabihah, kalau perempuan tu jatuh rahim, boleh mengandung tak??
Saya kaku kejap.. saya terkejut... JATUH RAHIM tu semua tahu tak? rahim kita jatuh...rahim ya rahim... benda tu pun boleh jatuh tahu tak??! So, macam mana kalau jatuh?

Saya cakap balik,
kalau dah rahim jatuh, kena perhi mengurut... bagi rahim tu naik semula, bagi rahim tu ada di tempat asal.. kita sebagai wanita tak boleh mengandung tahu kalau rahim dah jatuh..
So, sayang2 ku, ALERT!!! kita tak boleh mengandung kalau dah rahim tu jatuh.. kita kena pergi mengurut.. jangan urut sendiri.. bahaya.. bimbang beri kesan yang tak elok pada rahim... pergi kat sape2 yang berpengalaman mengurut atau bidan ker..

Dulu, umi saya pernah cakap, kita sebagai perempuan ni, kena jaga rahim, jangan bagi jatuh... rahim kita boleh keluar kat faraj kita... umi cerita ada kat kampung dia dulu, seorang wanita baru lepas bersalin tapi buat kerja berat2.. so, rahim dia jatuh...kalau tak silap, rahim boleh keluar kat faraj.. kan faraj wanita berlubang.. tempat keluar baby dan darah haid.. wallahu'allam..

Kawan saya yang lain pernah jatuh rahim.. dia cakap, sangat sakit bila mengurut tu nak kasi rahim tu naik balik.. Ya Allah, saya dengar pun dah tak boleh.. serius saya cakap, rahim jatuh ni x boleh buat main2.. kalau sape2 jatuh dan rahim pun jatuh, please, segera mengurut... sayangi rahim kita yang Allah dah anugerah kan kat kita.... rahim tak ada kat lelaki tahu.. semua ada kat wanita... bertuahnya wanita.. dapat mengandung... :)


gambar sebagai hiasan


21 November 2013

10 Kesilapan Besar Si Kulit Berminyak dan Berjerawat




Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bacteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat. Tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada, jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat buruk yang selalu kita buat sedar atau tanpa sedar...

  • membersihkan muka terlalu kerap
 Cuci muka dengan cleanser hanya 2 kali sehari sudah mencukupi.. siang dan malam
  • menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation. sebetulnya scrub cume 1-3 kali seminggu. Gunakan scrub tekstur yang halus dan diurut ke kulit dengan lembut dan bilas dengan air suam.
  • tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan termasuk muka akan berpeluh2. Jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.
  • picit jerawat
Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan dan gunakan lotion jerawat untuk kecutkan jerawat. 
  • shampoo rambut yang meleleh ke muka
Apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/minyak untuk melembutkan rambut. Pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.
  • makan makanan yang berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat. Kurangkan makanan berminyak.
  • penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak mekap, make sure beli yang free-oil dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat.
  • berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat memang bagus. Tapi jangan berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doktor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
  • menggunakan whitening skin care.
Set pencerahan kulit adalah tidak sesuai untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Gunakan set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu..








9 November 2013

♥ Adam dan Hawa ♥

Dikatakan bahawa seorang lelaki itu dalam kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia dalam kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ketika Adam dalam terjaga, pastilah Adam akan merasa kesakitan keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat Adam tertidur agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya. Akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya malah dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

" Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung hati nurani) "
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga Qalbu malah Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah kearan dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita akan berinteraksi dengan perasaan dan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, penyayang, manja dan seorang isteri yang setia.

Kedoktoran moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk pastilah pukulan yang ringan diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada mati. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga Qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi Qalbu dari sisi yang kedua. 

Dan bagi kaum Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok sebagaimana yang diberitahu Nabi Muhammad SAW. Jika lelaki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksudkan dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai kaum Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa. Hawa memang diciptakan seperti itu.


5 November 2013

25 ciri-ciri perempuan buat lelaki meluat

ciri-ciri nie aku dapat dari seseorang.. orang nie bagi aku pinjam hardisk dia punyer.. sebab dia banyak cerita yang baru2.. hehehe.. tengah2 aku duk selongkar tue, terjumpa la sal ni.. panjang jugak la..tapi aku akan ringkaskan... hehehe..

  1. berambut perang. (boleh aku katakan warna rambut kot)
  2. pintal2 rambut kat public dengan lidah terjelir2. (hahaha..aku xpernah tgk lg)
  3. snap gambar dari atas buat duck face dan upload kat facebook. ( kalau aku pum, meluat jugak..hehe)
  4. rase comel bila type message "eww..jum lepak..busyan lorhh..umah tadew org..pakwe gie maen futsal pularkk..."... macam ayam kau tau tak...ayam gedik... ( dasyat kan bile lelaki dah pnggil mcm tu..ish3..)
  5. berlagak bila makan kat fastfood dengan member2. sanp2 gambar mcam xde orang.. annoying!
  6. Pakai baju nampak sana sini, then pergi jalan2 kat bandar. kau seronok la abang2 misai pandang then update kat facebook... (hahaha..ni aku setuju.. )
  7. peluk lelaki @ balak dekat khalayak ramai @ shopping complex.. kalau x tahan pergi rumah tumpangan lah rm30/nett jer.. ( hahaha..lawak la.. )
  8. pakai tudung tapi pakai jeans yang abang2 misai dari jauh boleh nampak punggung kau yang jatuh tu..( eeeii...malunyer...)
  9. macam tahi bila tulis kat facebook yang kau tengah tension, tengah sakit perut, tengah happy..weh, perempuan, kenapa masa berak kau tak tulis sekali " kitew tengah berak..syuke syuke ^_^ "
  10. saje ubah2 relationship status kat facebook. kononnya kau ni mcm best kejap SINGLE, kejap IN RELATIONSHIP, kejap OPEN... kenapa kau tak letah " I AM LESBIAN".. (nak gelak aku bace ni..hahaha..)
  11. menyampah kalau kau x reti nak bawak barang shopping sendiri.. padahal 2 3 plastik jer.. tu pum suh balak kau pegang... ( terbaikkkk..)
  12. sikit2 mengadu kat member2 yang kau ada STALKER kat kelas la..kat office la... konon x tahu nak wak ape..  ( if aku pm, meluat kot ade kwan cmni..perasan lebihhh.. )
  13. bisik2 nge member padahal tengah lepak 4 5 orang.
  14. bila lepak nge 'hot guy' la... 'cool man' la...kau xnak plak tegur kawan kau yang pakai tudung serabai + muka minyak.. "she's not my taste"... 
  15. tenung mamat 'cool' sambil buat duck face supaya mamat tu tenung balik..
  16. order makanan sebab lam gambar tu nampak cantik dan sedap... tapi bila makan 3 4 sudu, ckp kat x sedap..then x habis then ajak pergi makan kat lain.
  17. xpandai buat tu..buat ni... xnak pegang tu, xnak pegang ni.. atas alasan jijik kotor.
  18. pakai tudung baju kurung tapi dalam wayang, dalam kereta..huih... bukan main sandar2, peluk2..baik x payah pakai..
  19. cerewet. kena buat semua yang kau nak.. kalau x, merajuk la..marah la..
  20. merajuk nge parent.. nge pakwe buat x kisah... kau marah2 , mengamuk2, benci2 dan merajuk2..last2 nk decide bunuh diri..
  21. lepak nge member then ketawa kuat2, buat onar... buat dressed up fancy nak mampos. sekali awek pakai menutup aurat, pandangan jijik like 'eww she dont have style..yucks'
  22. mekap tebal ala2 mak ayam....atas mata dah macam pelangi... + bulu mata palsu...
  23. pakai baju sikit lagi nak nampak benda x senonoh...konon nak nunjuk aku ada, kau adew?? buat plak muka bersyahwat sambil lidah tekeluar... what the hell!!!
  24. buat facebook cm medan memperagakan diri..upload beribu2 gambar muka kau sajer sampai 10 album... bila ade org puji ckp 'ala..bese2 jer...x comel2 pun..' ( eeewwww...gedik ngt eh aku tgk.. ak pm geli...)
*ni cume aku copy n paste dri org...  hehehehe..