17 November 2015

Khasiat Cuka Kurma


Cuka Kurma An-Nabawi

Assalamualaikum,
lamanya xupdate blog sendiri... sedar-sedar dah tahun last, semester last berada di UUM ni..

malam ni nak share satu produk minuman cuka iaitu cuka kurma An-Nabawi... siesly saya minum cuka ni (Alhamdulillah) memberi banyak kesan positif dalam diri terutamanya dalam hal kedalaman wanita.. 

bermulanya cerita ni, kawan sejak semester 1 ni promote cuka kurma yang dia minum.. dia cakap mak dia selalu minum dan dah lama amalkan minuman ni sejak muda lagi.. dalam pantang pun mak dia minum dan sehingga sekarang mak dia x mudah naik berat badan.. wanita selepas bersalin ni kalau xjaga badan, badan cepat gemuk dan berat bertambah... memang lain la bentuk badan sebelum kawin dengan yang selepas berkawin..

yang paling penting apa kesan yang positif sangat tu???

pertama cuka ni sesuai untuk perempuan yang alami masalah sengugut yang teruk setiap kali datang bulan. cuka ni berfungsi untuk merawat masalah rahim dan membersihkan usus kita. (sesuai jugak untuk orang yang sembelit). so far alhamdulillah sangat, sejak amalkan minuman cuka ni masalah yang hadapi tiap2 bulan dah berkurangan..

mula-mula minum cuka ni, sebelum datang period bulan 10. dalam 3 hari jugak la, tapak kaki sakit. nak-nak bila nak rukuk dalam solat tu. rasa sakit kat tengah tapak dengan kat tumit. xlama lepas tu period datang seperti biasa, TAPI kali ni sengugut sangat kuat dan sangat sakit. Allah jer tahu macam mana rasa tu. dan sakit sengugut ni amek masa yang lama. experience sengugut yang lepas-lepas, dalam setengah hari jer, tidur sambil sapu ubat, lepas tu bangun dari tidur xsakit dah. 

TAPI period kali ni sangat sakit. bangun biasa dari tidur, stil lagi berdenyut-denyut kat bahagian bawah perut. sampai esokkan hari tu sakit lagi tapi xkuat sangat. pelik jugak dengan period kali ni. then, baru teringat minuman cuka ni. 

(sebab ada kawan minum jugak cuka ni, based on story dia, dia minum after period, dia dah siap mandi wajib dah, xlama lepas pade tu, period dia datang semula, dan semakin banyak.. jeng jeng jeng.. jangan risau, dia cakap darah yang keluar semula tu adalah sisa darah-darah yang kotor dan lama terperangkap dalam rahim.. sepanjang period kita, ada darah lagi dalam rahim, xkeluar dengan habis dan bersih.. so, minuman cuka ni memang untuk membantu bersihkan rahim kita.. kita ni sengugut sebab darah kita yang period lepas xkeluar abis, banyak terperangkap dalam tu...)

back to my story, nak pendekkan story, period hari pertama dan kedua sangat banyak. memenuhi satu ruangan pad tu.. Allahu... sampaikan bangun pagi bocor... sebelum ni xpernah bocor ketika tidur.. hari ketiga still lagi banyak sampai lah hari kelima.. hari keenam dan ketujuh xbanyak dah keluar.. nak sampai pada penghujung period kan.. 

bila period bulan 11,sengugut masih lagi ada tapi dah xkuat. boleh tahan lagi. dan tu pun sekejap saja sakitnya. diri sendiri pun terkejut.. period still lagi kuar banyak.. macam period sebelum tu.. Alhamdulillah sangat.. cuka kurma ni memang bantu kita lancarkan aliran darah kita, bersihkan rahim kita.. yang sembelit pun boleh minum.. memang hari-hari, kita akan membuang.. hehehe

harga pun xmahal, hanya RM19.90.. kawan beli kat kedah kat area guar cempedak. dia memang supplier kiteorang.. hehehe.. rasa dia masam-masam.. tapi sedap.. 

kalau cuka kurma jenis lain xpasti la ok ke tak. sebab xrasa lagi.. setakat ni rasa yang AN-Nabawi ni jer.. kawan pun dah lama minum cuka ni. jadi rasa confident sikit la dalam bab-bab makanan harian kita ni..