9 November 2013

♥ Adam dan Hawa ♥

Dikatakan bahawa seorang lelaki itu dalam kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita saat dia dalam kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya.

Seandainya Hawa diciptakan dari Adam ketika Adam dalam terjaga, pastilah Adam akan merasa kesakitan keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia akan membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat Adam tertidur agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, dia melihat kematian ada dihadapannya. Akan tetapi semakin bertambah sayang dan cintanya kepada anak yang dilahirkannya malah dia akan menebusnya dengan kehidupannya.

" Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu (jantung hati nurani) "
Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga Qalbu malah Hawa diciptakan dari tempat yang nantinya akan berinteraksi dengannya. Sementara Adam diciptakan dari tanah kearan dia akan berinteraksi dengan tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi dan tukang kayu.

Adapun seorang wanita akan berinteraksi dengan perasaan dan hati. Dia akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, penyayang, manja dan seorang isteri yang setia.

Kedoktoran moden telah menetapkan bahawa seandainya bukan kerana tulang rusuk pastilah pukulan yang ringan diberikan kepada jantung akan menyebabkannya rosak dan menuju kepada mati. Maka Allah menciptakan tulang rusuk tersebut untuk menjaga Qalbu. Kemudian Dia menjadikannya bengkok untuk melindungi Qalbu dari sisi yang kedua. 

Dan bagi kaum Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok sebagaimana yang diberitahu Nabi Muhammad SAW. Jika lelaki berusaha meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.

Yang dimaksudkan dengan kebengkokkan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai kaum Adam, janganlah merendahkan perasaan Hawa. Hawa memang diciptakan seperti itu.