21 November 2013

10 Kesilapan Besar Si Kulit Berminyak dan Berjerawat




Jerawat akan muncul bila minyak/sebum, bacteria dan sel kulit mati menyumbat liang roma pada kulit muka. Kebanyakkan si oily skin lebih berpotensi tinggi mendapat jerawat. Tapi dengan mengikis tabiat buruk sedia ada, jerawat dan kulit berminyak boleh diatasi. Jom kita tengok apakah tabiat buruk yang selalu kita buat sedar atau tanpa sedar...

  • membersihkan muka terlalu kerap
 Cuci muka dengan cleanser hanya 2 kali sehari sudah mencukupi.. siang dan malam
  • menyental kulit dengan scrub
Berskrub dengan scrub yang terlalu kasar akan menyebabkan keadaan kulit semakin teruk kerana skin irritation. sebetulnya scrub cume 1-3 kali seminggu. Gunakan scrub tekstur yang halus dan diurut ke kulit dengan lembut dan bilas dengan air suam.
  • tidak membersihkan peluh
Penat bekerja atau membuat aktiviti berat menjadikan badan termasuk muka akan berpeluh2. Jangan biarkan peluh itu kering dan menyerap ke dalam kulit. Bersihkan muka dan mandi terus.
  • picit jerawat
Tabiat picit jerawat dengan kuku akan memburukkan keadaan kulit dan tinggalkan parut. Elakkan dan gunakan lotion jerawat untuk kecutkan jerawat. 
  • shampoo rambut yang meleleh ke muka
Apabila shampoo rambut terkena muka, ia boleh membuatkan kulit berjerawat. Sebab shampoo mengandungi bahan pelembab/minyak untuk melembutkan rambut. Pastikan buih shampoo tidak terkena bahagian dahi dan muka.
  • makan makanan yang berminyak
Greasy food boleh sebabkan kulit berjerawat dan berminyak semakin menjadi, muka semakin berminyak. Jom amalkan makanan diet yang sihat. Kurangkan makanan berminyak.
  • penggunaan kosmetik yang mengandungi minyak
Produk yang mengandungi minyak akan sebabkan kulit sukar sembuh dari jerawat dan semakin berminyak. Bila nak mekap, make sure beli yang free-oil dengan label non-acnegenic atau non-comedogenic untuk mengelakkan jerawat.
  • berhenti mengambil treatment untuk jerawat
Mengambil ubat dari pakar kulit untuk jerawat memang bagus. Tapi jangan berhenti apabila jerawat dah sembuh. Untuk elakkan jerawat muncul semula, habiskan ubat mengikut prescription doktor atau amalkan supplement untuk dapatkan kulit yang sihat, bebas jerawat dan bebas minyak.
  • menggunakan whitening skin care.
Set pencerahan kulit adalah tidak sesuai untuk kulit berjerawat. Dari segi bahan dan kandungannya membolehkan jerawat tidak sembuh, muka semakin berminyak dan berpotensi meninggalkan pigmentasi. Gunakan set penjagaan kulit khas untuk kulit berminyak dan berjerawat. Before cerahkan kulit, atasi masalah kulit anda dahulu..